LEE Chong Wei. FOTO fail NSTP Rosli Ahmad
Saiful Affendy Sapran


Kuala Lumpur: Pemain perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei gagal meneruskan kemaraan di kejohanan Seluruh England selepas tewas mengejut di tangan wakil India, B Sai Praneeth pada pusingan pertama, awal pagi tadi.

Chong Wei yang juga pilihan kedua kejohanan, tewas 22-24, 20-22 pada perlawanan yang berlangsung selama 50 minit di gelanggang Barclaycard Arena, Birmingham.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan impiannya untuk merangkul gelaran Seluruh England buat kali keempat tidak kesampaian selepas melakukannya pada 2010, 2011 dan 2014.

Penyingkiran Chong Wei menyaksikan hanya dua beregu negara iaitu Koo Kien Keat-Tan Boon Heong serta Goh V Shem-Tan Wee Kiong meneruskan kemaraan ke pusingan kedua selepas menewaskan lawan masing-masing pada pusingan pertama.

Kien Keat-Boon Heong menewaskan beregu India, Manu Attri-B Sumeeth Reddy 16-21, 21-13, 21-15 sementara V Shem-Wee Kiong mengenepikan cabaran wakil Thailand, Bodin Issara-Nipitphon Puangpuapech 16-21, 21-13, 21-9.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Mac 2016 @ 8:07 AM