HANNA teruja terpilih sebagai teraju utama drama bersiri, Dawai Asmara.
Syafil Syazwan Jefri


Tiga tahun mencanai bakat sebagai pelakon, Hanna Aqeela berdepan pelbagai dugaan. Laluan yang ditempuh tidak semudah disangka namun tahun ini, dia sudah boleh tersenyum apabila mula mendapat perhatian banyak produksi.

Ternyata kesabarannya selama ini berbaloi malah dia tidak putus-putus melafazkan rasa syukur apabila kehadirannya dalam industri kian diterima.

Lebih bermakna, baru-baru ini Hanna terpilih sebagai teraju utama drama bersiri, Dawai Asmara.

“Ini drama pertama menampilkan saya sebagai pelakon utama. Ketika ditawarkan watak ini, saya rasa seperti bermimpi.

“Tak sangka ada juga orang yang nampak bakat saya. Bimbang terlepas peluang keemasan ini, saya terus bersetuju.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Mac 2016 @ 8:12 AM