Abdul Wahid (dua dari kanan) sempena sambutan ulang tahun ke-50 UEM, semalam.
Abdul Wahid (dua dari kanan) sempena sambutan ulang tahun ke-50 UEM, semalam.
BERNAMA

Kuala Lumpur: PLUS Malaysia Bhd berharap menyerahkan cadangan dan memuktamadkan perbincangan dengan kerajaan mengenai kadar tol menjelang Jun.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Group Bhd (UEM), Datuk Izzaddin Idris berkata, perbincangan itu di peringkat awal dan mengikut perjanjian konsesi, PLUS akan mengkaji semula kadar tol setiap tiga tahun bagi sepanjang tempoh konsesi berakhir Disember 2038.

PLUS, cabang lebuh raya Kumpulan UEM mempunyai lima konsesi lebuh raya iaitu Lebuhraya PLUS (Lebuhraya Utara-Selatan), Lebuhraya Lembah Klang Baru, Lebuhraya Persekutuan Laluan 2, Lebuhraya Seremban Port-Dickson, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah, Laluan Kedua Malaysia-Singapura, Lebuhraya Butterworth-Kulim dan Jambatan Pulau Pinang.

Ditanya mengenai keputusan tender Lebuhraya Pan Borneo, beliau berkata, pengumuman akan dibuat tidak lama lagi.

Kumpulan UEM bekerjasama dengan MMC Corp dan syarikat Sabah mengemukakan tender untuk komponen bagi projek itu.

“Kami juga merancang mewujudkan entiti baharu dalam pembangunan perumahan mampu milik akhir tahun ini,” katanya pada sidang media sempena sambutan ulang tahun ke-50 UEM Group di sini, semalam.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar. -BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Mac 2016 @ 6:59 AM
Digital NSTP Subscribe