IBU mencium anaknya yang mendapat keputusan 5A ketika Majlis Penyampaian Keputudan SPM. Foto Muhammad Hatim Ab Manan
Zairee Mohd Yasak


Melaka: Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka Tengah, di sini, mengekalkan rekod calon lulus 100 peratus bagi Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selama empat tahun berturut-turut.

Pengarah Penjara Melaka Timbalan Komisioner Abdul Aziz Mohamad berkata, seorang calon sekolah itu turut mencapai keputusan cemerlang 7 A.

"Walaupun tidak mempunyai kelengkapan yang cukup, komitment semua pihak termasuk kakitangan, guru dan ibu bapa mendorong pelajar calon terbabit mencapai kecemerlangan walaupun hanya lulus semua subjek.

"Bagi SPM 2015 seramai 75 calon menduduki SPM di sekolah ini, manakala bagi SPM tahun ini kami mempunyai 106 calon dan berharap kecemerlangan itu dapat dikekalkan," katanya selepas Majlis Penyerahan Slip Peperiksaan SPM Sekolah Henry Gurney, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya mengadakan kelas tambahan, solat hajat dan menyediakan makanan khas seperti kismis sebagai persediaan bagi calon kenduduki SPM.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Mac 2016 @ 2:34 PM