Pelajar, Alvin Hew Sin Yo, 18 membasuh kepala dengan air selepas selesai beriadah di Taman Rekreasi Seremban 2 susulan cuaca panas yang melanda di Negeri Sembilan. FOTO Iqmal Haqim Rosman
Pelajar, Alvin Hew Sin Yo, 18 membasuh kepala dengan air selepas selesai beriadah di Taman Rekreasi Seremban 2 susulan cuaca panas yang melanda di Negeri Sembilan. FOTO Iqmal Haqim Rosman
Iskandar Shah Mohamed

Kuala Lumpur: Mesyuarat tergempar akan diadakan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pada Jumaat ini untuk membincangkan isu cuaca panas yang melanda negara kini, sebelum dibawa ke Kabinet.

Menterinya Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, arahan untuk pelaksanaan mesyuarat itu bertujuan memikirkan dasar yang perlu diperkenalkan bagi membendung masalah cuaca berkenaan.

"Ia akan diadakan bersama Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan Jabatan Meteorologi.

"Ia bagi memikirkan dasar baru berhubung isu cuaca panas. Kita mempunyai Ahli Jawatankuasa Kebangsaan untuk atasi masalah jerebu, namun cuaca panas belum ada lagi," katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen, hari ini.

Mengulas fenomena panas melampau yang mungkin menyebabkan sekolah akan ditutup sementara jika semakin teruk, Wan Junaidi berkata, perkara itu sememangnya tidak boleh dipandang ringan kerana dijangka berulang pada tahun akan datang.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Mac 2016 @ 1:41 PM