Syanty Octavia Amry


Jarang dikaitkan dengan kontroversi, bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) 2013, Amira Othman, 23, mengakui untuk dikenali tidak semestinya perlu membabitkan diri dengan kisah peribadi yang kurang enak.

Mengambil masa hampir setahun mempromosikan lagunya, baru kini namanya kian menjadi perhatian selepas single berjudul Hati-Hati mula mendapat tempat di hati pendengar.

Tidak hanya sering dimainkan di stesen radio, lagu berkenaan turut menjadi pilihan penerbit drama di televisyen sebagai lagu tema menyebabkan ramai mula mencari siapa empunya diri yang menyanyikan lagu terbabit.

“Alhamdulillah, kesabaran saya akhirnya berbaloi. Selepas lapan bulan lagu Hati-Hati dilancarkan saya hampir putus asa. Meskipun perlu mengambil masa yang lama saya gembira apabila orang sudah mula kenal siapa saya.

“Melihat sambutan lagu ini pada peringkat awal, saya sering rasa bimbang malah terfikir ingin mencari lagu lain untuk mengetengahkan diri dalam bidang nyanyian.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Mac 2016 @ 7:19 AM