Mohd Mokhtar pada sidang media rampasan 1.2 tan ganja, petang tadi. FOTO Nabihah Kamal
Mohd Mokhtar pada sidang media rampasan 1.2 tan ganja, petang tadi. FOTO Nabihah Kamal
Nabihah Kamal


Kuala Lumpur: Bikin rosak sehingga 400,000 penagih. Itu kesannya jika ganja seberat 1.2 tan yang dirampas Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman di tiga lokasi berasingan di Selangor dan Kedah Sabtu dan Ahad lalu, terlepas di pasaran gelap.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJN) Narkotik Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Sharif berkata, ganja yang dibawa masuk menggunakan laluan laut dari Thailand itu dipercayai bekalan selama setahun di negara ini.

Katanya, polis kini memburu saki baki kumpulan pengedar dadah berkenaan selepas seorang lelaki berusia 38 tahun ditahan di Subang Jaya Sabtu lalu.

“Kita percaya suspek mempunyai geng dan tidak menjalankan kegiatan penyeludupan dan pengedaran ini secara solo.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan turut dirampas daripada lelaki itu adalah wang tunai RM2,000 dan seutas jam tangan,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, petang tadi.

Menurutnya, rampasan berkenaan adalah kejayaan terbesar dalam sejarah rampasan ganja di negara ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Mac 2016 @ 3:50 PM