Ridzuan Abdul Rahman dan Georgie Joseph


Jika sudah namanya band rock, pertikaian dan perbezaan pendapat adalah lumrah.

Ibarat satu keluarga yang rapat, anggota band rock legenda Search turut berdepan situasi ini sehingga menyaksikan pengunduran beberapa anggota asalnya sebelum ini.

Rentetan peristiwa itu, berlaku satu episod sedih dalam sejarah band yang bertapak sejak 1981 ini.

Mungkin ramai peminat sudah terlupa detik hitam yang berlaku selepas terhasilnya album Selepas Banjir pada 1999.

Ketika album itu dipasarkan, hanya pemain dram, Yazit yang kekal dalam Search. Anggota lain seperti Amy (penyanyi), Kid (gitar), Din (gitar) dan Nasir (bass) sudah meninggalkan band asal Johor Bahru ini gara-gara konflik dalaman.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Mac 2016 @ 7:39 AM