GAMBAR peniaga Nasi Lemak Spiderman RM2, Zawawi Ghazali, 29, yang diviralkan dalam laman sosial Facebook yang barangan jualannya diangkut pihak penguatkuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam. FOTO ihsan pembaca
GAMBAR peniaga Nasi Lemak Spiderman RM2, Zawawi Ghazali, 29, yang diviralkan dalam laman sosial Facebook yang barangan jualannya diangkut pihak penguatkuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam. FOTO ihsan pembaca
Siti Nadzirah Che Mud


Kota Bharu: Adiwira 'Spiderman' yang menjual nasi lemak RM2 di sekitar bandar ini menafikan dia dikasari penguat kuasa tempatan ketika berniaga dekat pintu gerbang Kota Sultan Ismail Petra, di sini, semalam.

Dia sebaliknya memberitahu penguat kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) hanya mengeluarkan amaran dan menasihatinya memohon lesen berniaga.

"Mereka hanya nasihat suruh ambil lesen berniaga terlebih dahulu dan melarang jual di kawasan yang dilarang.

"Barang jualan seperti nasi lemak dan minuman coklat juga tidak dirampas. Begitu juga meja. Tiada perkataan atau tingkah laku kasar digunakan penguat kuasa," katanya ketika dihubungi di sini.

Susulan itu, dia memohon lesen perniagaan sejurus kejadian dan permohonannya masih dalam proses.

Dia juga berharap orang ramai tidak menyebar maklumat yang kurang tepat kerana boleh menimbulkan fitnah.

Spiderman ditunjangi anak muda dari bandar ini menjadi ikon pertama menjual makanan kegemaran rakyat Malaysia, sebelum langkah pemasarannya diikuti peniaga lain yang mengeluarkan maskot Doraemon (nasi Arab) dan Iron Man (coconut shake).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Mac 2016 @ 6:46 PM