KESAN terbakar dibawah motorsikal dipercayai dibaling molotov koktel pada awal pagi ini di Rumah Penolong Pengarah Hulu Langat di Kuaters Kerajaan Negeri Seksyen 14, Jalan Wawasan 10, Bandar Baru Bangi. FOTO Owee Ah Chun
KESAN terbakar dibawah motorsikal dipercayai dibaling molotov koktel pada awal pagi ini di Rumah Penolong Pengarah Hulu Langat di Kuaters Kerajaan Negeri Seksyen 14, Jalan Wawasan 10, Bandar Baru Bangi. FOTO Owee Ah Chun
Oleh Nabihah Kamal


Kajang: Penolong Pengarah (Unit Teknikal dan Penguatkuasaan) Pejabat Daerah Hulu Langat yang kediamannya di Seksyen 14 Bandar Baru Bangi, di sini, dibaling tiga molotov cocktail dan tujuh peluru pagi tadi mengakui sering menerima ugutan, namun kejadian berkenaan disifatkan paling teruk dialaminya.

Menurutnya, dia menyerahkan kepada polis untuk menyiasat kejadian berkenaan.

"Akibat rumah dibaling bahan letupan itu, saya mengalami kerugian termasuk motosikal turut rosak.

"Kejadian itu pertama kali berlaku sepanjang bertugas di bahagian penguatkuasaan di Pejabat Daerah Hulu Langat lebih setahun lalu. Terima ugutan memang biasa tetapi tidak teruk sampai tahap ini," katanya.

Pegawai terbabit menemui serpihan botol kaca molotov cocktail itu pada 6.30 pagi tadi sebelum menghubungi polis.

Turut ditemui tujuh peluru 9mm dalam plastik dan sarung tangan plastik.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Superintendan Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Mac 2016 @ 7:44 PM