Mazizul Dani

Muar: Sesi artis bertemu peminat Jelajah Ledakan 25 Tahun Harian Metro bersama Yeo’s Yeogurt, di sini, meriah apabila lebih 300 peminat menghadiri sesi berkenaan di Pasaraya TF Value.

Artis yang turut serta dalam sesi itu ialah Asfan, Indah Ruhaila, Sandra dan Forteen.

Sebelum sesi menandatangani autograf, semua artis berkenaan sempat beramah mesra bersama peminat yang cukup 'sporting' menyanyi bersama artis pujaan mereka.

"Saya sangat gembira sebab dapat cakera padat mereka dan ditandatangani oleh Sandra. Saya datang dengan keluarga dan tak sabar nak saksikan mereka menyanyi pada konsert nanti," kata Nuraisyah Nabiha Mahfud Affandi, 12.

Sementara adiknya, Aslam Mahfud Afandi, 10, juga teruja kerana dapat bertentang mata dengan artis

"Saya suka sangat tengok artis. Saya dapat autograf abang Asfan dan Kak Sandra," katanya yang datang bersama keluarga.

Nurhanis Hazirah Paimin, 16, berkata dia sudah lama meminati Forteen dan apabila terbaca di Harian Metro, dia tidak mahu melepaskan peluang bertemu mereka.

"Saya sangat teruja dapat berjumpa semua artis ini terutamanya Forteen. Saya baca Harian Metro dan tahu mereka akan datang ke sini, jadi saya ajak keluarga untuk jumpa mereka," katanya yang sempat menyanyi lagi Hey Kau bersama penyanyinya, Sandra.

Zaiton Salleh, 57, pula berkata dia memang membaca Harian Metro sejak dahulu lagi dan membelinya setiap hari dan tahu mengenai jelajah ini menerusi akhbar.

"Saya sangat puas hati sebab anak saya pun dapat menyanyi bersama artis. Esok saya nak datang juga tapi pergi awal sebab perlu balik ke Simpang Renggam," katanya yang sanggup menunda sehari perjalanan semata-mata untuk menghadiri sesi bersama artis ini.

Jelajah Ledakan 25 Tahun Harian Metro bersama Yeo’s Yeogurt di Muar adalah siri kedua selepas Alor Setar, Kedah, sempena ulang tahun jubli perak akhbar nombor satu negara ini.

Kemuncak jelajah di Muar ialah konsert mini di Dataran Tanjung Emas yang akan turut disertai Ratu Dangdut Amelina selain Asfan, Forteen, Indah Ruhaila dan Sandra, Sabtu, 19 Mac.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Mac 2016 @ 10:51 PM
FOTO Saifulazhar Misri
FOTO Saifulazhar Misri
INDAH Ruhaila beramah mesra dengan peminat pada sesi meet & greet Jelajah Ledakan 25 Tahun Harian Metro bersama Yeo's Yeogurt di Pasaraya TF Value Mart, Muar, Johor. FOTO Saifulazhar Misri
INDAH Ruhaila beramah mesra dengan peminat pada sesi meet & greet Jelajah Ledakan 25 Tahun Harian Metro bersama Yeo's Yeogurt di Pasaraya TF Value Mart, Muar, Johor. FOTO Saifulazhar Misri
KUMPULAN Forteen di sesi meet & greet Jelajah Ledakan 25 Tahun Harian Metro bersama Yeo's Yeogurt di Pasaraya TF Value Mart, Muar, Johor. FOTO Saifulazhar Misri

INDAH Ruhaila beramah mesra dengan peminat pada program bersama artis tanah air sempena Jelajah Ledakan 25 Tahun Harian Metro bersama Yeo's Yeogurt, di Pasaraya TF Value Mart, Muar, Johor. FOTO Saifulazhar Misri