X
KUMPULAN Jalor sekali lagi tampil dengan daya kreativiti yang tinggi.
KUMPULAN Jalor sekali lagi tampil dengan daya kreativiti yang tinggi.
VIRUS mula menunjukkan taring mereka pada minggu kedua.
VIRUS mula menunjukkan taring mereka pada minggu kedua.
SEPAHTU meneruskan persaingan tanpa Ilya.
SEPAHTU meneruskan persaingan tanpa Ilya.
Oleh Ridzuan Abdul Rahman


Minggu kedua Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) di Dewan Teater Diraja Selangor, Shah Alam, Jumaat lalu turut mendebarkan apabila tiga kumpulan iaitu Samurai, Wala dan Comey diumumkan menduduki tiga tangga terbawah.

Mereka dan peminat sudah menyangka, samada salah satu atau dua kumpulan bakal disingkirkan sebagaimana nasib Sayot dan Kepoh yang terpaksa mengucapkan selamat tinggal pada minggu sebelumnya.

Bagaimanapun perasaan anggota kumpulan ini bertukar lega apabila juri, Farah Quinn mengumumkan tiada penyingkiran dibuat sekali gus membuka peluang untuk mereka bertanding pada minggu berikutnya.

Pola undian malam itu menyaksikan Jalor mengungguli tangga teratas dengan undian 66.31 peratus, diikuti Virus (65.73), Sepah (64.89), Zero (62.65), Bocey (55.56), SYJ (55.38), Shiro (51.9), Nabil (49.72), Shake (47.7), Ekzos (45.15), Comey (36.31), Samurai (35.95) dan Wala (31).

Biarpun persembahan beberapa kumpulan kurang menghiburkan, barisan juri iaitu Datuk Jalaluddin Hassan, Nur Fazura, Taufik Batisah dan Farah Quinn mengakui secara keseluruhan berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan.

"Kita faham bukannya mudah untuk mereka berlawak dan kesemuanya sudah berusaha buat yang terbaik. Cuma kami juga ada penilaian sendiri dan enggan terlalu pemurah berikan bintang kerana tidak mahu mereka lalai.

"Masih banyak minggu yang perlu dilalui dan hanya kumpulan yang terbaik akan menerima bintang yang sesuai," katanya.

Fazura pula beranggapan persembahan peserta minggu sebelumnya lebih bagus berbanding minggu kedua dan mahu mereka melipatgandakan usaha agar penonton terhibur.

"Saya tak tahulah samada mereka kekurangan idea atau tak sempat buat latihan. Diharapkan mereka yang hampir tersingkir ini akan buat lebih baik apabila diberi peluang berada dalam MLM," katanya.

Senada dengan Fazura, Farah juga meminta setiap peserta melipatgandakan usaha kerana MLM menampilkan persaingan tahap tertinggi.

"Setiap minggu persembahan mereka perlu bagus. Jika ada pun yang bagus, mereka tidak boleh terlalu leka dan perlu fokus pada kandungan lawak yang ditampilkan," katanya.

Taufik pula mengakui secara jujurnya berat hati untuk memberikan hanya dua bintang kepada peserta, namun terpaksa melaksanakan tanggungjawabnya secara profesional.

"Saya kena beri dua bintang untuk kumpulan yang kurang 'punchline'. Bagi saya semua yang bertanding adalah hebat-hebat. Cuma, mereka perlu sentiasa mencari idea segar untuk diketengahkan kepada penonton," jelasnya.

Sementara itu Ketua Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani berkata, tindakan tidak menyingkirkan peserta dibuat mengikut format yang ditetapkan dalam MLM.

"Minggu sebelumnya kami sudah singkirkan dua kumpulan. Ia sebagai 'wake up call' untuk yang lain-lain. Namun, kali ini kami rasa wajar untuk bagi peluang pada peserta dengan kekalkan mereka.

"Akan ada lagi minggu yang tiada penyingkiran serta kejutan nanti. MLM minggu ketiga juga akan tampil dengan tema yang sudah ditetapkan," katanya.

Sepahtu berjuang berdua

Persaingan minggu kedua juga menyaksikan Sepahtu hanya diwakili Jep dan Shuib kerana Ilya mengalami masalah kesihatan. Namun, ia tidak menjejaskan persembahan mereka yang tetap mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.

"Pakya (Ilya) dimasukkan ke hospital kerana menghidap bisul dan kebetulan ada kencing manis. Jadi kami terpaksa merelakan dia berehat seketika. Persembahan kami untuk malam ini juga boleh dianggap 'tribute' buatnya.

"Kami anggap Pakya bagaikan seorang ayah. Sebenarnya dari dulu lagi persembahan kami bertiga dan bukannya berdua. Apapun kami perlu sedia hadapi segala kemungkinan dalam MLM," kata mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 November 2014 @ 5:03 AM
Kabinet Malaysia 2020