LEMBU Hibrid Sado. FOTO Shamsudin Husin
Shamsudin Husin
am@hmetro.com.my


Chukai: Jabatan Perkhidmatan Veterinar hari ini melancarkan Program Penternakan Lembu Hidrid Sado yang mempunyai ciri kadar tumbesaran dan penghasilan daging lebih baik.

Dalam satu kenyataan jabatan itu, pembiakan lembu itu adalah membabitkan benih ternakan dari baka tulen Belgian Blue yang dikacuk dengan baka Charolais,Limousin dan Bahaman .

Menurut jabatan itu, menerusi aplikasi teknologi permanian beradas ia mampu menghasilkan baka lembu terbaik.

"Hasil daripada kacukan itu akan melahirkan anak kacukan Malaysia yang mempunyai ciri-ciri dari segi kadar tumbesaran dan penghasilan daging lebih baik," katanya menerusi kenyataanitu.

Pelancaran rasmi Lembu Hibrid Sado itu dilakukan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di Kemaman Waterfront sempena Karnival Transformasi Orang Muda (TOM), di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Mac 2016 @ 1:13 PM