JANNA Nick (tengah) pada Anugerah DFKL 2016 di PWTC. Turut bersama, Uqasha Senrose. FOTO Adi Safri
Georgie Joseph

Kuala Lumpur: Drama Kau Aku Kita terbitan JS Pictures bawa pulang enam trofi pada anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 (DFKL 2016) di PWTC, di sini, malam tadi.

Drama itu memenangi kategori trofi Drama Pilihan, Pengarah Pilihan menerusi Azman Yahya, Aktor Hero Pilihan (Shaharul Ridzuan), Aktres Pilihan (Janna Nick), Pasangan Pilihan (Shaharul Ridzuan dan Janna Nick) serta Skrip Pilihan (Rehal Nuharis).

Untuk kategori drama, Kau Aku Kita menewaskan empat calon lain iaitu Hello Mr Perfect (A Aida Production), Mak Cun (Rumah Karya Citra), Eksperimen Cinta (Zeel Production), dan Keluarga Pontimau (Filmscape).

Selain Janna Nick, pendatang baru Ruhainies turut menyerlah apabila memenangi trofi Antagonis Pilihan manakala lagu Mungkin Kamu nyanyian Sissy Iman yang menjadi OST drama Eksperimen Cinta menang OST/Lagu Pilihan.

Sementara itu, Kembara Si Kecil yang diarah, ditulis, dan diterbitkan Muhammad Firdhaus Rahmat dinobatkan pemenang kategori Drama Pendek Pilihan .

DFKL 2015 dihoskan Amyra Rosli, Fattah Amin dan Fizi HotFM yang turut disiarkan secara langsung di TV3.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Mac 2016 @ 11:41 PM