Amirul Haswendy Ashari


Agensi mewakili grup Twice, JYP Entertainment memohon maaf secara rasmi susulan baju dipakai seorang anggota kumpulan itu, Tzuyu pada program popular Inkigayo di saluran SBS, Selasa lalu menimbulkan kekecohan.

Wakil agensi terbabit berkata, baju itu menimbulkan kegusaran pada peminat Twice kerana ayat yang dicetak di baju itu menimbulkan kontroversi.

“Kami akan lebih prihatin pada pakaian dan elemen lain membabitkan anggota Twice pada masa depan agar kesilapan sama tidak berulang. Kami mohon maaf sekali lagi,” katanya.

Twice muncul dalam program siaran langsung Inkigayo bersama-sama kumpulan GFriend dan menyanyikan lagu Gee yang dipopularkan kumpulan Girls Generation.

Kemeja-T yang dipakai Tzuyu mempunyai mesej bertulis ‘Pelacur Buka Baju Anda!’ dan disebabkan itu, kumpulan Twice dikecam hebat peminat mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Mac 2016 @ 5:03 AM