Keadaan kediaman Penolong Pegawai Daerah Hulu Langat yang dibaling bom petrol Jumaat lalu. FOTO Owee Ah Chun
Keadaan kediaman Penolong Pegawai Daerah Hulu Langat yang dibaling bom petrol Jumaat lalu. FOTO Owee Ah Chun
Nabihah Kamal

Kuala Lumpur: Polis menahan dua lagi lelaki bagi membantu siasatan kes membaling bom petrol dan meninggalkan peluru pistol di kediaman Penolong Pegawai Daerah Hulu Langat pagi Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah yang mengesahkan tangkapan berkenaan berkata, dua lelaki yang ditahan masing-masing berusia 45 dan 47 tahun.

"Tangkapan pertama dibuat pada 11.45 malam kelmarin di Sungai Long manakala seorang lagi suspek ditahan di Taman Tasik Ria, Kajang sejam kemudian pada 12.45 tengah malam.

"Penahanan dua suspek itu menjadikan tangkapan terkini seramai lima orang," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi Jumaat lalu, suspek dipercayai membaling tiga botol bom petrol ke kediaman Penolong Pegawai Unit Teknikal dan Penguatkuasaan Daerah Hulu Langat di Kuarters Kerajaan Negeri Selangor, Seksyen 14, Bandar Baru Bangi, Bangi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Mac 2016 @ 8:13 PM