FOTO hiasan.
Shamsul Munir Safini


Prai: Seorang lelaki, 21, maut dalam kemalangan motosikal di Kilometer 4.7 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Prai, 8.30 malam tadi.

Dalam kejadian itu, motosikal yang ditunggangi mangsa berseorangan terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan konkrit di kiri jambatan berkenaan.

Jurucakap polis berkata, mangsa mengalami parah di kepala dan dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Katanya, mangsa bagaimanapun meninggal dunia di wad kecemasan HSJ.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian dihantar ke bilik mayat HSJ bagi tujuan bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Mac 2016 @ 1:54 PM