FOTO Syazwan Msar
FOTO Syazwan Msar
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Jenazah Bekas Timbalan Menteri Pengangkutan Allahyarhamah Datin Paduka Rahmah Osman, 76, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi.

Sebelum itu, jenazah Allahyarhamah disolatkan di Masjid Al-Taqwa kira-kira jam 10 pagi tadi dan seterusnya dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.

Allahyarhamah yang mempunyai dua anak perempuan dan tujuh cucu meninggal dunia di Hospital Tawakal, di sini, malam tadi.

Rahmah juga menghidap penyakit alzheimer sejak 2010 namun tidak mempunyai sebarang penyakit kronik.

Selain itu, Allahyarhamah yang pernah bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Bahagian Akhbar Jabatan Penerangan bergiat aktif dalam UMNO sejak 1950 sebelum dilantik sebagai Senator pada 1979.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Mac 2016 @ 12:45 PM