Redzuan Muharam

Johor Bahru: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berangkat mencemar duli di Dataran Bandaraya Johor Bahru untuk Majlis Jamuan Teh Bersama Rakyat sempena Sambutan Hari Keputeraan baginda, 3.30 petang tadi.

Keberangkatan tiba Tuanku dan Permaisuri Johor disambut kira-kira 10,000 rakyat yang sanggup menunggu sejak tengah hari.

Turut berangkat Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isterinya, Che Puan Khaleeda Bustamam.

Hadir sama Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin;Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Ismail Karim dan barisan Exco Kerajaan Negeri.

Sempena majlis berkenaan, Tuanku turut berkenan memotong kek ulang tahun keputeraannya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Mac 2016 @ 5:44 PM
SULTAN Ibrahim berkenan memotong kek sempena hari Keputeraan Sultan Johor. Turut berangkat Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah. Hadir sama Mohamed Khaled Nordin (dua kiri). FOTO Mohd Azren Jamaludin
SULTAN Ibrahim Iskandar mencemar duli berangkat bersalaman dengan rakyat. Hadir sama Mohamed Khaled (baju batik hijau). FOTO Mohd Azren Jamaludin