SISA api berjaya dikawal anggota bomba.
SISA api berjaya dikawal anggota bomba.
Ayusliza Azizan

Kuala Selangor: Kebakaran di Hutan Simpan Raja Musa di Bestari Jaya di sini, sejak Ahad lalu sudah 80 peratus dipadamkan, sekali gus mengelak daripada berlakunya pencemaran udara berskala besar di kawasan berkenaan.

Operasi pemadaman yang masuk hari keempat, semalam memberi fokus kepada memadamkan sisa kebakaran dengan kaedah mengepam air dari tasik dan semburan ke kawasan yang terbakar.

Pegawai Daerah Kuala Selangor Shamsul Shahril Badliza Mohd Nor berkata, kebakaran membabitkan kawasan seluas kira-kira 30 hektar dan dijangka dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh dua hari.

“Hari ini (semalam), operasi pemadaman diteruskan dari darat selepas kaedah bom air dibuat menggunakan pesawat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

“Kira-kira 744,000 liter air digunakan dengan 128 kali pengeboman air dilakukan bagi tempoh tiga hari,” katanya pada sidang media, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Mac 2016 @ 8:20 AM