Rafizal (kiri) bersama kira-kira 500 orang berhimpun di hadapan tapak Taman Manggis bagi meluahkan kecewaan terhadap pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang. FOTO Mikail Ong
Muhammad Yusri Muzamir

Georgetown: Kira-kira 500 orang berhimpun di hadapan tapak Taman Manggis, di sini, bagi meluahkan kecewaan terhadap pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang.

Perhimpunan itu dibuat susulan tindakan kerajaan negeri pimpinan DAP menjual tanah di Taman Manggis yang asalnya diperuntukkan bagi pembinaan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Kumpulan itu yang diketuai Ketua Pemuda UMNO negeri, Rafizal Abd Rahim turut mendesak Ketua Menteri, Lim Guan Eng, letak jawatan jika gagal menangani isu berkenaan.

Rafizal berkata, transaksi penjualan Taman Manggis itu antara lain disifatkan sebagai penindasan terhadap golongan miskin di negeri ini.

"Memartabatkan hak rakyat di negeri ini adalah tanggungjawab utama kerajaan. Ia perlu dilaksanakan secara adil terhadap semua lapisan masyarakat," katanya,hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Mac 2016 @ 6:58 PM