Nicol bersama Delia (tengah) dan Wee Wern akan beraksi pada WWC bulan depan. FOTO NSTP
Azlan Muhammad Zain


Kuala Lumpur: Tiga pemain negara yang diketuai Datuk Nicol David akan beraksi pada Kejohanan Skuasy Wanita Dunia (WWC) di Bukit Jalil pada 25 April depan.

Pada majlis undian sebentar tadi, Nicol akan turun mempertahankan kejuaraan menentang Rachael Grinham dari Australia pada pusingan pertama.

Sekiranya melepasi pusingan pertama dan kedua, Nour El Sherbini dari Mesir dijangka menanti Nicol di suku akhir.

Nour menewaskan Nicol pada separuh akhir Terbuka British minggu lalu.

Jaguh nombor dua negara, Delia Arnold pula akan menanti pemenang pusingan kelayakan.

Low Wee Wern yang beraksi atas tiket wildcard mendapat bye pusingan kelayakan tetapi bakal menentang bintang nombor 13 dunia dari New Zealand, Joelle King di pusingan pertama.

Pemain nombor satu dunia dari England, Laura Massaro diletakkan sebagai pilihan utama kejohanan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Mac 2016 @ 5:13 PM