ANGGOTA bomba menjalankan kerja memadam api. FOTO Iqmal Haqim Rosman
ANGGOTA bomba menjalankan kerja memadam api. FOTO Iqmal Haqim Rosman
Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz


Kuantan: Sebanyak 836 panggilan berhubung kejadian pembakaran terbuka direkodkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang sehingga Mac tahun ini.

Pengarah JBPM negeri, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata, jumlah itu hampir menyamai rekod panggilan laporan yang sama sepanjang tahun lalu iaitu 949 panggilan.

"Peningkatan ini dilihat sangat mendadak dan ia mungkin berpunca daripada tahap kesedaran orang ramai terhadap kesan pembakaran terbuka yang berlaku.

"Kita juga percaya sikap ambil tahu orang ramai yang terus memaklumkan kepada JBPM jika ternampak sebarang aktiviti pembakaran terbuka atau kebakaran hutan dan tidak lagi menunggu sehingga api sudah besar atau merebak baru nak maklum kepada kami," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Seminar Pencegahan Kebakaran Hutan Peringkat negeri di Ibu Pejabat JBPM negeri pagi tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Mac 2016 @ 12:48 PM