Wan Nur Ameera Meor Rozman


Memandangkan negara sedang berdepan fenomena El Nino, justeru rakyat Malaysia digalakkan memuat turun aplikasi myCuaca MetMalaysia yang dibangunkan Jabatan Meteorologi Malaysia, sebuah Agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dahn Inovasi (MOSTI).

Menerusi aplikasi ini, orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai ramalan cuaca harian bagi setiap daerah, bandar, negeri dan tempat-tempat tarikan pelancong agar perancangan anda tidak terbatas disebabkan oleh cuaca tidak menentu.

Disahkan oleh MetMalaysia, pelancong asing dan masyarakat Malaysia khususnya tidak perlu meragui data yang disediakan selain boleh menyemak maklumat seismologi, radar cuaca dan imej satelit Malaysia.

Malah, melalui aplikasi mudah alih ini, pengguna juga akan disalurkan informasi berkaitan amaran hujan lebat, ribut petir dan tekanan rendah tropika.

Bagi yang ingin melancong di sekitar negara pula, anda juga boleh mendapatkan ramalan cuaca ditempat yang ingin ditujui serta paparan suhu semasa di negeri-negeri seluruh Malaysia.

Tanpa mengira masa, aplikasi ini dilihat amat berguna dan memberi manfaat kepada orang ramai. Kini, ia boleh dimuat turun oleh kedua pengguna Apple dan Android melalui App Store mahupun Play Store.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Mac 2016 @ 11:15 AM