IPAD 9.7
IPHONE SE


Malaysia akan menyertai gelombang terakhir menerima telefon pintar iPhone SE yang dikeluarkan Apple iaitu pada Mei nanti meskipun negara terdekat, Singapura sudah pun menjualnya secara rasmi minggu ini.

iPhone SEmempunyai rekaan yang sama dengan iPhone 5 namun kuasa dalamannya seperti iPhone 6S yang dikeluarkan tahun lalu.

Telefon pintar ini menggunakan CPU A9 64 bit dengan kelengkapan pemprosesan M9 selain turut memiliki pengimbas cap jari pada butang Home.

Kamera belakangnya juga sama hebat dengan 6S dengan sensor 12MP F2.2 selain mampu merakam video sehingga resolusi 4K 60fps malah rakaman gerak perlahan boleh dilakukan dengan tetapan HD Penuh 1080p 120fps atau HD 720p 240fps.

Selain iPhone, Malaysia turut bakal menerima iPad Pro baru yang lebih kecil dengan paparan 9.7 inci.

Tablet ini mempunyai beberapa ciri yang didapati pada iPad Pro 12 inci yang diperkenalkan tahun lalu termasuk keupayaan digunakan dengan papan kekunci dan stylus.

iPad Pro versi 9.7 inci ini beroperasi pada pemprosesan A9X menyamai versi 12.9 inci selain RAM sebanyak 4GB.

Bagaimanapun, paparan iPad Pro 9.7 inci lengkap dengan True Tone 2048 x 1536 piksel selain gamut warna 25 peratus lebih baik berbanding iPad Air 2.

Kamera juga menerima kemas kini berbanding versi 12.9 inci apabila iPad Pro kompak ini lengkap dengan resolusi 12MP serta flash True Tone manakala kamera depan pula 5MP.

INFO

IPHONE SE

- Harga: AS$399, AS$499

- Storan: 16GB, 64GB

- Paparan: 4 inci

- Warna: Merah jambu, kelabu, perak, emas

- Resolusi paparan: 1136 x 640

- Pemprosesan: Apple A9

- RAM: 2GB

- Kamera: 12MP, 1.2MP (depan)

- Slot kad SIM: nano

- Pemprosesan: A9 64-bit

- Kenipisan: 7.6mm

- Berat: 113g

IPAD 9.7

- Harga : AS$599, AS$749, AS$899 (WiFi)

- Storan: 32GB, 128GB, 256GB

- Harga : AS$729, AS$879. AS$1,029 (WiFi + selular)

- Saiz skrin: 9.7 inci

- RAM: 4GB

- Warna: Merah jambu, kelabu, perak, emas

- Kenipisan: 6.1mm

- Berat: minimum 437g

- Slot kad SIM: nano

- Pemprosesan: A9X 64-bit

- Kamera: 12MP, 5MP (depan)

- Rakaman video: 4K (3840 x 2160) 30fps

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Mac 2016 @ 11:25 AM