KALUNG emas yang ditambah dengan batu jed memberi kelainan.
MENYERLAHKAN penampilan si pemakai.
KALUNG mutiara lain daripada yang lain.
Siti Nadirah Hafidzin

Jenama barang kemas terkemuka, Poh Kong, baru-baru ini memperkenalkan rekaan istimewanya menggunakan konsep mutiara dan barang kemas batu jed yang direka dengan pelbagai bentuk moden dan menarik.

Dengan lebih 100 cawangannya di seluruh negara, Poh Kong yang menawarkan pelbagai barang kemas termasuk emas kuning, emas putih, platinum, berlian dan batu permata mencipta satu kelainan dalam koleksi terbaru itu yang direka dalam kemasan luar biasa bagi menyerlahkan gaya si pemakai.

Mengambil kira faktor bentuk, warna dan ketelitian dalam setiap sudut penghasilannya menjadikan koleksi lain daripada yang lain.

Koleksi kalung mutiara yang didatangkan dalam warna memukau mampu menjadi idaman wanita untuk memilikinya selain pilihan rantai yang menggunakan batu jed sebagai hiasannya.

Untuk maklumat lanjut berkaitan koleksi terbaru Poh Kong, boleh layari laman web www.pohkong.com.my atau Facebook di pohkong‚Ȇjewellers dan Instagram @pohkongmy.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 April 2016 @ 5:00 AM