Aziman Rosdi

Bukit Jalil: Pemain import perlu kekal beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M) meskipun mereka dikaitkan antara punca skuad Harimau Malaysia ketandusan penyerang berkualiti.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Amin berkata, hak untuk menentukan penggunaan pemain import dalam saingan domestik kini di tangan Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) yang menguruskan Liga M.

Namun beliau berpendapat kehadiran pemain import penting untuk perkembangan liga tempatan dan dalam masa sama mereka perlu mencari jalan memastikan prestasi skuad kebangsaan turut meningkat.

“Saya rasa itu hak FMLLP, kita perlu lihat pelbagai aspek kerana mahu pastikan pasukan kebangsaan naik dan dalam masa sama mahu liga berjalan dengan baik ke tahap lebih tinggi,” katanya ketika ditemui Arena Metro semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 April 2016 @ 6:15 AM