NORFARRAH menunjukkan cara dia memandu kenderaan menggunakan kaki.
Mohd Hafizee Mohd Arop dan Muhamad Izzat Nasuruden


Teluk Intan: Melihat keadaan seorang wanita tanpa kedua-dua belah tangan yang cacat sejak dilahirkan, sesiapa saja pasti hairan dan tidak menyangka wanita orang kurang upaya (OKU) seperti itu mampu memandu kereta untuk berulang-alik ke tempat kerjanya.

Pertama kali melihat Norfarrah Syahirah Shaari, 28, pasti akan timbul persoalan bagaimana wanita ini memandu kereta tanpa menggunakan tangannya sejauh 80 kilometer setiap hari hanya dengan menggunakan kakinya.

Kali pertama bertemunya di tempat kerjanya di Kolej Komuniti Teluk Intan, di sini, persoalan terdetik di hati sama ada wanita ini mampu memandu kereta menggunakan kakinya.

Walaupun kenderaan itu diubahsuai untuk keselesaannya memandu menggunakan kaki, namun bukan mudah untuk memandu kenderaan di laluan sibuk dari rumahnya di Sungai Sumun, Bagan Datoh ke tempat kerjanya di Teluk Intan.

Tanda tanya juga timbul bagaimana wanita kecil molek ini mampu memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza sedangkan kereta besar seperti itu agak sukar untuk dikawal.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 April 2016 @ 6:21 AM