HONDA CB Type II.
FORK keemasan jenama Showa.
PENYERAP hentak belakang Ohlins.
Erywan Norshal


Pengeluar motosikal jenama Honda mengembalikan zaman kegemilangan jentera dua roda berkonsepkan cafe racer menerusi model konsep CB Type II.

Motosikal konsep itu dipertontonkan buat kali pertama pada peringkat global di Pameran Motosikal Osaka 2016, baru-baru ini.

Ia masih menggunakan model asas CB1100 seperti tahun lalu, tetapi tampil buat kali pertama dengan ciri baharu menggunakan teknologi penyejukan udara.

Biarpun konsep lama, ia diperkemaskan dengan tangki bahan api baharu warna aluminium menggunakan komponen gentian karbon.

CB Type II menggunakan rim aloi lebih ringan yang tampak lebih gah selepas menggunakan tempat duduk tunggal.

Kuasa hentian diperkuatkan dengan brek berprestasi daripada Brembo pada bahagian belakang dan hadapan.

Sistem suspensi hadapan warna emas itu turut menyerlahkan lagi imej cafe racer berkenaan selepas menggunakan fork jenama Showa, manakala peredam belakang dilengkapi Ohlins.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 April 2016 @ 5:00 AM