X
Mohd Hanafis Abdul Haris


Batu Pahat: Polis tahan seorang lagi suspek dipercayai mempunyai kaitan berhubung kes bunuh pengawal keselamatan di kebun kelapa sawit dekat Jalan Muar-Yong Peng, pada 6.30 petang Khamis lalu.

Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, lelaki berusia 30-an itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) ketika pesawatnya hendak berlepas ke China dipercayai untuk melarikan diri kira-kira jam 3.45 petang tadi.

"Jumaat lalu, tiga suspek berusia antara 24 hingga 31 ditahan di tiga lokasi berasingan di Batu Pahat dan susulan penahanan itu, polis menahan seorang lagi suspek petang tadi.

"Suspek akan ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan di sini, sebentar tadi.

Mayat Noor Azee Abdul Rahman, 33, ditemui mati tertiarap dengan tangan terikat di kebun kelapa sawit dekat Jalan Muar-Yong Peng. Mangsa dipercayai diculik dari rumahnya di Taman Pantai, di sini, awal pagi Rabu lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 April 2016 @ 10:16 PM