Anggota bomba membuat pemeriksaan selepas memadamkan kebakaran dapur kedai makan di Tunjung dan seorang daripada mangsa yang melecur. FOTO Rosliza Mohamed
Anggota bomba membuat pemeriksaan selepas memadamkan kebakaran dapur kedai makan di Tunjung dan seorang daripada mangsa yang melecur. FOTO Rosliza Mohamed
Rosliza Mohamed


Kota Bharu: Dua melecur ketika cuba memadamkan kebakaran dapur di kedai makan di Tunjung, di sini, 1.25 tengah hari tadi.

Mangsa yang melecur ialah pemilik kedai, Afendi Hasan, 42, dan pembantu kedai, Mohd Hafizul Mohd Hanafi, 41.

Mereka dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dengan bantuan Unit Anggota Penyelamat dan Paramedik (EMRS).

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tunjung Che Zamri Che Ya berkata, seramai 11 anggota ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan jam 1.30 tengah hari.

"Ketika tiba 50 peratus bahagian dapur kedai makan berkenaan terbakar dan kita mengambil masa lebih kurang lima minit untuk mengawal kebakaran.

"Kebakaran berlaku kerana tiada pengaliran udara di bahagian dapur dan keadaan cuaca yang panas. Kerugian dianggarkan RM40,000," katanya.

Tamat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 April 2016 @ 4:39 PM