ALI ketika melancarkan kempen "Take A Break…Read! @ Putrajaya" sambil diperhatikan (dari kiri) Penasihat Program, Datuk Iskandar Mohd Kaus dan Zabidi. FOTO Mohd Fadli Hamzah
ALI ketika melancarkan kempen "Take A Break…Read! @ Putrajaya" sambil diperhatikan (dari kiri) Penasihat Program, Datuk Iskandar Mohd Kaus dan Zabidi. FOTO Mohd Fadli Hamzah
Hayati Ibrahim


Putrajaya: Seramai 50 pegawai daripada pelbagai kementerian yang menyandang 'jawatan sensitif' akan ditukarkan sama ada secara dalaman atau berpindah ke kementerian bermula bulan ini.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, jawatan sensitif termasuk daripada bahagian kewangan, kontrak dan perolehan.

Katanya, pertukaran itu kebanyakannya membabitkan pegawai yang sudah memegang jawatan itu lebih lima tahun.

"Langkah itu dibuat bagi mengelakkan kejadian kejadian yang berlaku di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berulang dalam kalangan penjawat awam lain, sekali gus menjatuhkan motivasi mereka.

"Namun, ini tidak bermakna 50 pegawai itu disyaki melakukan kesalahan sebaliknya pertukaran dibuat berdasarkan surat pekeliling sedia ada bagi mengelakkan kesalahan," katanya ketika ditemui media selepas Majlis Penyampaian Sijil Penarafan Bintang Indeks Penarafan Bintang (Indeks SSR) 2015/2016 dan Program Take A Break... [email protected] 2016: A Book Alive di Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Perkhidmagan Awam Malaysia (KPPA), Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal; Ketua Audit Negara, Tan Sri Amrin Buang; Ketua Setiausaha Perbendaraan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah; Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Othman Mahmood dan Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Datuk Seri Zainal Rahim Seman.

Sementara itu, Ali berkata, pihaknya akan menerima laporan siasatan audit berhubung kes salah guna kuasa pegawai kanan KBS dari Jabatan Audit Negara akhir bulan ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 April 2016 @ 8:04 PM