Mohamed Hanipa pengsan di tempat duduknya di dalam Dewan Rakyat. FOTO Arkib NSTP
Mohamed Hanipa pengsan di tempat duduknya di dalam Dewan Rakyat. FOTO Arkib NSTP
Hairulazim Mahmud

Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin dikejarkan ke hospital 5.30 petang tadi selepas didapati pengsan di tempat duduknya di dalam Dewan Rakyat sejurus selepas persidangan ditangguhkan selama 15 minit hari ini.

Ahl Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran semasa bercakap kepada media berkata, beliau dan Ahli Parlimen Klang Charles Santiago menyedari Hanipa tidak keluar semasa sesi penangguhan itu sebelum mereka mendekati wakil rakyat Parti Amanah Negara (PAN) berkenaan rupa-rupanya pengsan di kerusinya.

"Beliau kemudian dibawa dengan kerusi roda ke klinik Parlimen sebelum dikejarkan ke Institut Jantung Negara selepas itu," katanya.

Sebelum itu Hanipa begitu bersemangat berbahas dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkaitan usul pindaan Rang Undang-Undang Syarikat 2015.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 April 2016 @ 9:45 PM