Ikan yang berjaya ditangkap selepas kolam dikeringkan. - Foto SYAMSI SUHAIMI
Mohd Shafiq Ikhwan Adha, 25, menunjukkan ikan yang berjaya ditangkapnya. - Foto SYAMSI SUHAIMI
Penduduk bergotong-royong menangkap ikan dalam kolam yang dikeringkan. - Foto SYAMSI SUHAIMI
Penduduk, Ahmad Faris Abd Halim, 28, (kanan) dan rakannya, Mohd Amin Ikhwan, 17, menunjukkan ikan haruan yang ditangkap dalam kolam lama di Kampung Beris Arab, Kedai Lalat, Kota Bharu. - Foto SYAMSI SUHAIMI
BERNAMA

Kota Bharu: Musim kemarau yang menyebabkan kolam takungan air semakin susut mendatangkan rezeki buat penduduk di Kampung Senang di sini, apabila 100 penduduk bergotong royong menimba air di kolam berkenaan bagi mendapatkan ikan.

Bermula 9 pagi hingga 12 tengah hari, hari ini, penduduk di kampung itu mengepam air kolam takungan itu bagi mendapatkan pelbagai jenis ikan air tawar, termasuk haruan, keli, sepat dan puyu.

Pentadbir Mukim Demit, Adenan Ismail berkata acara gotong royong 'menimba kolam' itu sudah lama tidak dilakukan dengan kali terakhir kira-kira tiga tahun lalu.

Penduduk kampung khususnya golongan muda bergotong royong 'berkubang' dalam selut mengutip ikan sebaik air kolam kering.

"Hasil aktiviti yang dijalankan selama tiga jam ini, kami berjaya memperolehi 100 kilogram ikan di kolam ini, termasuk haruan dan keli yang beratnya lebih sekilogram seekor," katanya di sini, hari ini.

Seorang penduduk kampung itu, Mohd Faris Ab Halim, 29, berkata aktiviti seperti menimba ikan ini sesuai ketika musim kemarau melanda beberapa negeri sekarang.

Katanya golongan muda pasti tidak tahu ada aktiviti seperti itu kerana sudah lama tidak dianjurkan.

"Ikan yang diperoleh dibahagikan kepada penduduk kampung kerana aktiviti dijalankan secara bergotong royong,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 April 2016 @ 8:33 PM