KAMARUDIN (kanan) bersama Nadzim pada sidang media industri teksi, semalam.
KAMARUDIN (kanan) bersama Nadzim pada sidang media industri teksi, semalam.
Syazwan Msar


Kuala Lumpu: Duta kecil Malaysia atau pemandu teksi dijangka mampu bertahan untuk tempoh enam bulan saja selepas sumber pendapatan mereka terjejas berikutan lambakan perkhidmatan GrabCar dan Uber Car.

Timbalan Pengerusi Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERS1M) Kamarudin Mohd Hussain berkata, setakat ini, kira-kira lima pemandu teksi ‘bungkus’ dalam tempoh sehari berikutan sumber pendapatan mereka terjejas.

Beliau berkata, purata sumber pendapatan pemandu teksi di kawasan Lembah Klang menurun kira-kira 60 peratus disebabkan kekurangan penumpang yang beralih kepada perkhidmatan GrabCar dan Uber Car.

“Perkhidmatan GrabCar dan Uber Car memang membunuh pemandu teksi apabila mereka secara berleluasa merampas pelanggan kita tanpa rasa bersalah.

“Bayangkan sebelum ini kami mampu meraih pendapatan sekurang-kurangnya RM150 sehari namun pada ketika ini untuk memperoleh RM50 pun terlalu sukar,” katanya dalam sidang media di Pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 April 2016 @ 8:28 AM