Skip this ad x
PENAGIH dadah yang ditahan disoal siasat anggota polis. FOTO ihsan Polis
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Nerang: Tujuh penagih dan pengedar dadah yang sedang leka menghisap dadah ditahan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Terap di sini, hari ini.

Dalam serbuan bermula 8 pagi hingga 5 petang tadi, tujuh lelaki berusia 20 hingga 40-an itu cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran pihak polis namun gagal sebelum ditahan.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, dalam serbuan itu, seorang pengedar dadah berusia 30-an turut ditahan.

Menurutnya, dadah jenis heroin seberat 10.98 gram (g) dan syabu seberat 0.23 g bernilai lebih RM600 turut dirampas.

€œMereka yang ditahan dibawa ke IPD Padang Terap dan kes disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12(2) ADB 1952 dan Seksyen 3(1), Akta Pencegahan Dadah (APD) 1983.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 April 2016 @ 6:51 PM