BOYS Republic tampil dengan transformasi baru.
BOYS Republic tampil dengan transformasi baru.
Georgie Joseph (Yang menemu bual Boys Republic di SeoulKorea Selatan dan baru-baru ini)


Bermula dengan lagu popular Party Rock, kumpulan idol Korea Selatan ini terus menuju puncak.

Sejak mula ditubuhkan pada 2013, tiada istilah bersenang-lenang buat Boys Republic yang dianggotai One Junn, Sun Woo, Sung Jun, Min Su, dan Su Woong ini.

Dalam tempoh tiga tahun ini, Boys Republic bukan sekadar memberi tumpuan kepada peminat, tetapi turut mengambil semangat dan sokongan mereka sebagai pendorong ke arah menjadi nombor satu.

“Dalam tempoh tiga tahun itu, perjalanan kami terasa begitu pantas dan seronok apabila sudah melancarkan beberapa album. Sokongan serta kasih sayang yang kami dapat daripada peminat juga berterusan menjadikan tahun-tahun itu lebih indah.

sih ada satu impian apabila Boys Republic perlu terus mara untuk menjadi nombor satu. Disebabkan itulah, kami tidak pernah berhenti menghasilkan karya yang mencabar dan mampu mengangkat kami,” kata Sun Woo.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 April 2016 @ 7:19 AM