ZABIDI (dua kiri) melepaskan perkhidmatan pertama selepas melancarkan 1Serve Transit Lounge @JPA4U. Turut kelihatan (dari kiri), Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohammad Mentek; Presiden Kelab Pesara Kerajaan 1Malaysia, Datuk Omar Osman dan Presiden Pesara Kerajaan Malaysia(PPKM), Tan Sri Wan Mahmood Pawan Teh. FOTO Fariz Iswadi Ismail
Hayati Ibrahim


Putrajaya: Surat pertukaran 50 pegawai yang memegang jawatan sensitif akan dikeluarkan dalam tempoh seminggu ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, pegawai dari pelbagai gred ini tidak dibenarkan merayu.

"Proses ini sudah bermula dan surat arahan pertukaran dijangka akan dikeluarkan dalam tempoh seminggu ini.

"Ini adalah proses biasa dan sebagai permulaan 50 pegawai yang terbabit, selepas ini akan ada lagi pertukaran keran ini adalah proses berterusan," katanya ketika ditemui media selepas melancarkan 1SERVE Transit Lounge @JPA4U di sini, hari ini.

Isnin lalu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dilaporkan berkata, 50 pegawai kementerian yang memegang jawatan sensitif akan ditukarkan sama ada secara dalaman atau ke kementerian lain bermula bulan ini, sebagai langkah mengekang ketirisan serta salah guna kuasa.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 April 2016 @ 3:07 PM