Oleh NORIAH IDRIS


Keinginan yang membuak-buak. Itu gambaran Jam-Packed iaitu hidangan terbaru piza jika anda berkunjung ke Pizza Hut. Piza yang dilimpahi gandaan toping pada lapisan atas serta padat pasti membuatkan penggemar tidak menolaknya, apatah lagi rumusannya tersendiri.

Pizza Hut Restaurants Sdn Bhd (Pizza Hut) menampilkan hida­ngan itu untuk dinikmati di setiap rangkaian restoran berkenaan atau dibawa pulang. Khidmat penghantaran turut disediakan.

Pengurus Besar Kanan, Pizza Hut Malaysia, Low Kang Moon berkata, restoran itu menjadi tumpuan seisi keluarga berkumpul sambil menikmati piza yang enak.

Katanya, sebagai pakar penyediaan piza, Pizza Hut sentiasa komited untuk menghasilkan menu terbaik serta disukai ramai.

"Menariknya, Piza Jam-Packed mengandungi dua lapisan inti yang disusun bertingkat dengan dua kelazatan dalam setiap sajian dengan limpahan keju yang dilapisi tortilla rangup bersama kepingan pepperoni ayam, sos pesto, chicken pepperoni florets dan lada benggala serta hirisan daging ayam lazat.

"Piza lapisan bawah melengkapi lapisan atas dengan kepingan pepperoni ayam dan bahan segar lain yang sememangnya menyelerakan, selain kepadatan pelbagai rasa pasti tidak mengecewakan," katanya.

Dengan harga tambahan hanya RM6 membolehkan pelanggan menikmati piza seperti kombo Huts Delight Meal, Big Double Box dan Big Variety Box untuk jaminan kepuasan tersendiri.

Menurut Low, bagi menjaga kualiti setiap piza, dia menubuhkan unit kajian dan penyelidikan (R&D) yang sentiasa berusaha mencipta sesuatu di luar kebiasaan bagi menarik pelanggan untuk menjamu selera bersama rakan.

Selain itu, gergasi dalam dunia piza ini juga memperkenalkan pel­bagai menu baru merangkumi pel­bagai jenis pembuka selera, pasta, hidangan nasi, minuman juga pencuci mulut untuk menarik perhatian pelang­gan.

Katanya, untuk hidangan pembuka selera, wujud olahan pelbagai menu menarik seperti creamy fondue, mamma mia meatballs, chicken & cheese roll dan BBQ wings serta pesto chicken spaghetti antara sajian popular.

Hidangan pencuci mulut seperti cinnamon twist, molten lava cake dan minuman chocolate tiramisu treat serta fizzy berry yang enak bagaikan mengikat hati penggemar untuk terus berkunjung ke Pizza Hut memandang­kan kualiti serta harganya berbaloi.

Alamat: Pizza Hut Restaurants Sdn Bhd (Pizza Hut), Tingkat 2, Wisma KFC, No. 17, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Laman web: www.phdelivery.com.my

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 November 2014 @ 5:00 AM