Baling: Koperal polis maut selepas kereta yang dinaikinya terbabas di Kampung Sera, Jalan Baru Baling-Kupang di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Baling, Supt Shariffudin Yusof, berkata kejadian pada 12.30 tengah hari itu, berlaku ketika mangsa S Mahenthiran, 49, dalam perjalanan ke tempat kerja.

Mangsa bertugas di bahagian gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Baling.

“Mangsa disyaki terkena serangan jantung ketika memandu dan meninggal di tempat kejadian,” kata Shariffudin.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Daerah Baling untuk bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 April 2016 @ 1:39 AM