GIMNAS negara, Farah Ann Abdul Hadi lakar sejarah apabila muncul atlet wanita pertama negara meraih pingat di Kejohanan Gimnastik Piala Dunia di ljubljana, Slovenia, lewat tengah malam tadi.

Farah menghadiahkan pingat perak dalam acara palang bertingkat selepas meraih 13,100 mata.

Dia tewas kepada atlet tuan rumah, Ivana Kamnikar yang meraih 13,150 mata manakala gangsa juga milik seorang lagi atlet Slovenia Teja Belak 12,900.

Bagaimanapun, kejayaan itu belum menjamin tempat ke Olimpik Rio yang hanya menawarkan kelayakan di dua kejohanan utama iaitu di Kejohanan Dunia dan Kejohanan Pra Ujian yang akan berlangsung di Rio pada 16-18 April ini.

Farah berpeluang untuk menambah pingat buat negara apabila beraksi dalam acara batang titian dan senaman lantai awal pagi esok.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 April 2016 @ 9:20 AM