Oleh Dr Ismail Thamby.

Alat perangsang atau pembantu seks sememangnya digunakan manusia sejak dulu dan boleh dikatakan sebati dalam kehidupan.

Apabila menghadapi masalah kesihatan, kaedah tertentu perlu dilakukan sebagai penyelesaian. Saya pernah melawat beberapa kota seperti Berlin, Jerman; Copenhagen, Denmark; Amsterdam, Belanda dan Shanghai, China yang memaparkan beberapa peralatan pembantu seks zaman purba, termasuk dari tamadun Islam, selain tamadun agama dan bangsa lain.

Alat pembantu seks ini sebenarnya hanya perlu dalam keadaan tertentu seperti memberi rangsangan seksual jika suami gagal atau tidak berupaya memuaskan pasangan.

Mungkin apabila keadaan pulih atau semakin baik, pengunaan alat ini boleh dihentikan atau hanya digunakan dari semasa ke semasa untuk keseronokan bersama tetapi atas persetujuan

bersama.

Namun, masalahnya yang wujud pada masa kini adalah ia disalah guna pihak tertentu yang bebas menjual tanpa kawalan dan untuk kegunaan persendirian. Kadangkala ia digunakan begitu saja walaupun tidak diperlukan.

Malah, ia juga digunakan untuk mendera dan menyeksa pasangan. Bayangkan alat pembantu seks yang sepatutnya digunakan untuk membantu meningkatkan keintiman di antara pasangan, menjadi alat pemisah hubungan.

Individu yang menggunakan alat pembantu seks berisiko ketagih dengan rangsangan tersendiri yang dihasilkan alat itu sehingga tidak lagi memerlukan pasangan untuk berintiman.

Bayangkan lelaki atau wanita menggunakan alat pembantu seks secara bersendirian. Mereka akan terikat dengan amalan menyeronokkan itu dan secara langsung ketagih dengannya.

Selepas berkahwin, mereka mendapati lebih seronok dengan alat berkenaan dan mula kurang mesra dengan pasangan.

Jika rahsia mereka menggunakan alat itu terbongkar, pasti ia akan mewujudkan rasa tertekan kepada pasangan dan ini akan menghambarkan hubungan keintiman, seterusnya boleh berlaku

perpisahan.

Pada masa sama, apabila menggunakan alat itu bersama dan pasangan terpaksa bersetuju kerana hendak membantu, lama-kelamaan dia akan berasa tertekan apabila mendapati alat berkenaan menjadi penggantinya.

Jadi alat pembantu seks bukan untuk semua dan tidak boleh digunakan sewenang-wenang sebagai alat rutin seks kerana kesan jangka panjang yang tidak sihat.

Pasangan digalakkan mendapat nasihat dan bimbingan pakar atau kaunselor jika mengalami masalah seksual dan jangan mudah terpengaruh untuk membeli alat pembantu seks tanpa bimbingan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 November 2014 @ 5:03 AM