FATIMAH(kanan) berbincang berbincang dengan Gunamalar di luar Mahkamah Sesyen Kuala Pilah. FOTO Amran Yahya
FATIMAH(kanan) berbincang berbincang dengan Gunamalar di luar Mahkamah Sesyen Kuala Pilah. FOTO Amran Yahya
Mohd Helmi Irwandi Mohd Noor dan Amran Yahya

Kuala Pilah: Mahkamah Sesyan Kuala Pilah, hari ini menetapkan 25 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes membabitkan seorang isteri yang didakwa memotong kemaluan suaminya, Januari lalu.

Hakim Nariman Badruddin menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Nik Azlan Hakim Nik Mahmood memerlukan masa untuk melengkapkan beberapa dokumen berkaitan kes itu.

Sementara itu, J Gunamalar yang mewakili tertuduh, Fatimah Abdullah, 51, meminta mahkamah mempercepatkan proses mendapatkan dokumen berkaitan memandangkan kes sudah berlarutan sejak dua bulan lalu.

Menurut fakta kes, Fatimah didakwa mencederakan suaminya, Umar Rahman, 44, warga Pakistan dengan memotong kemaluan menggunakan sebilah pisau di Jalan Beringin 3, Batu Kikir, jam 1.20 pagi, 20 Januari lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun, denda dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pada 22 Februari lalu, tertuduh menukar pengakuan tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 April 2016 @ 11:48 AM