ABU Bakar (tengah) melawat pameran selepas merasmikan Kongres Genomik Asia, semalam.
ABU Bakar (tengah) melawat pameran selepas merasmikan Kongres Genomik Asia, semalam.
myMetro

Kuala Lumpur: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) mewujudkan lebih 100 projek dalam pelbagai bidang inovasi komersial yang memberi manfaat perniagaan kepada orang ramai menerusi pengenalan dana Geran Inovasi Sosial Mosti bernilai RM30 juta pada tahun lalu.

Geran itu yang memberi pembiayaan kepada pemain industri antara RM100,000 sehingga RM500,000 dan bekerjasama dengan agensi di bawah Mosti seperti Malaysian Biotechnology Corporation Sdn Bhd (Biotech Corp) untuk membangunkan perniagaan yang memberi manfaat kepada orang ramai dalam bidang keusahawanan.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah berkata, setakat ini sekitar RM20 juta daripada nilai peruntukan itu telah diberikan kepada pelbagai pemain industri antaranya dalam bidang pertanian.

Beliau berkata, geran itu mendapat sambutan daripada pelbagai pihak kerana ia merangsang perniagaan serta mewujudkan peluang keusahawan.

“Ada sebuah syarikat yang mengusahakan perniagaan madu lebah sudah menerima geran daripada kami dan mereka turut mengajar orang kampung cara menternak lebah dengan kaedah inovasi terbaru seterusnya memberi pengetahuan kepada masyarakat untuk membabitkan diri dalam perusahaan itu,” katanya selepas majlis pelancaran Kongres Genomik Asia di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 April 2016 @ 7:07 AM