Syarahan Dr Zakir di Stadium Tertutup Gong Badak baru-baru ini. FOTO Syafiq Ambak
Syarahan Dr Zakir di Stadium Tertutup Gong Badak baru-baru ini. FOTO Syafiq Ambak
Mohd Husni Mohd Noor

Putrajaya: Penceramah terkenal Dr Zakir Naik dibenarkan meneruskan ceramah di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka dengan syarat perlu menukar tajuk syarahan 'Persamaan Antara Hinduisme dan Islam' kepada tajuk lain.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau juga mengesahkan bahawa pembatalan ceramah dibuat Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini dilakukan berikutan adanya aduan oleh pemimpin agama Hindu dan Islam.

Beliau berkata, pihaknya memberi kebenaran kepada pihak penganjur untuk meneruskan program ceramah itu selepas berbincang dengan pihak penganjur dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron namun, tajuk ceramah perlu diubah.

"Dalam pada itu, saya juga ingin menyarankan kepada pihak penganjur syarahan agama supaya merujuk terlebih dahulu tajuk dan topik syarahan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebelum menjalankan sebarang acara," katanya pada sidang media selepas menghadiri Lab Panel Majlis Perundingan Islam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini sebentar tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 April 2016 @ 4:40 PM