Scott Tupper (kanan) diasak oleh pemain Malaysia, Haziq Samsul.
Pemain Malaysia,Sharil Saabah ( tiga dari kanan) meraikan gol pertama menentang Kanada pada Piala Sultan Azlan Shah. FOTO NSTP/SUPIAN AHMAD
Saiful Affendy Sapran


Ipoh: Skuad hoki negara bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk mencatat keputusan seri 2-2 ketika bertemu Kanada pada perlawanan keempat Piala Sultan Azlan Shah sebentar tadi.

Kanada di depan pada minit ke-21 selepas Scott Tupper tenang menyempurnakan pukulan sudut penalti menewaskan penjaga gol negara Muhammad Hafizuddin Othman.

Bagaimanapun, Shahril Saabah menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti m-29.

Nabil Fiqri Mohd Noor menambah gol kedua negara hasil jaringan padang dua minit kemudian(m-31) selepas menampan kemas hantaran Shahril dalam kawasan D.

Matthew Guest menjaringkan gol padang m-45 untuk menyamakan kedudukan 2-2.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 April 2016 @ 10:30 PM