VARDY (kiri) bantu penjaga gawang Leicester Kasper Schmeichel kekal cergas setiap perlawanan.
AFP

London: Jamie Vardy mendedahkan dia bertindak sebagai penjaga gol sementara dalam sesi latihan ketika penjaring gol terbanyak Leicester City itu menceritakan keakraban menjadi kunci kepada kejayaan mereka memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Pasukan kendalian Claudio Ranieri itu semakin hampir merangkul gelaran terbesar dalam bola sepak Inggeris dan hanya memerlukan sembilan mata daripada baki lima perlawanan untuk menafikan segala ramalan pramusim dengan menduduki tangga teratas, Mei ini.

Vardy memainkan peranan penting dalam kejayaan mereka, dengan dua gol pemain berusia 29 tahun itu ketika menang 2-0 ke atas Sunderland Ahad lalu membantunya mengumpul 21 gol setakat ini.

Ia juga hampir memastikan tempatnya dalam skuad England kendalian Roy Hodgson bagi Euro 2016, namun Vardy berkata, keghairahan Ranieri merehatkan penjaga gol bermakna dia tidak banyak mempunyai peluang untuk menajamkan penyudahnya ketika latihan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 April 2016 @ 8:12 AM