PENJAGA gol New Zealand Kyle Pontifex (kiri) menyelamatkan percubaan pemain India.
PENJAGA gol New Zealand Kyle Pontifex (kiri) menyelamatkan percubaan pemain India.

Ipoh: Juara bertahan New Zealand menghidupkan peluang untuk beraksi pada pentas final, Sabtu ini selepas menewaskan India 2-1 pada perlawanan terakhir mereka pada saingan Piala Sultan Azlan Shah semalam.

Berikutan kemenangan itu, Black Sticks kini mengumpul 11 mata hasil daripada tiga kemenangan, dua seri serta sekali tewas untuk menduduki tangga kedua liga.

Hanya India satu-satunya pencabar yang mampu meragut hasrat New Zealand mara ke final sekiranya dapat menewaskan skuad negara pada perlawanan terakhir esok.

“Pemain tidak beraksi dengan baik terutama pada suku ketiga hingga menyebabkan India menyamakan kedudukan.

“Kini segala-galanya terpulang kepada perlawanan antara India dan Malaysia, Jumaat ini (esok),” kata Batch.

New Zealand membuka jaringan menerusi pukulan sudut penalti Kane Russell pada minit ke-28 sebelum India menyamakan kedudukan hasil jaringan padang Mandeep Singh minit ke-36.

Nick Wilson menjaringkan gol kedua New Zealand hasil gol padang minit ke-41.

Sementara itu, juara dunia Australia mengesahkan tiket final selepas menewaskan Jepun 3-1 sekali gus kemenangan kelima berturut-turut mereka di kejohanan ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 April 2016 @ 10:16 AM