SULTAN Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, mencemar duli memasuki kedalam dewan pada Majlis Mesyuarat Pertama Pembukaan Rasmi Bagi Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor yang Ke-13. FOTO Mohd Azren Jamaludin
Mary Victoria Dass


Johor Bahru: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar mencadangkan kerajaan negeri menubuhkan bank sendiri dikenaliBank Of Johor.

Baginda bertitah, bank berkenaan bakal menawarkan perkhidmatan perbankan kepada rakyat Johor.

"Ia bukan saja untuk tujuan pinjaman perumahan atau pembiayaan projek pembangunan tetapi untuk simpanan tabungan serta pelaburan.

"Rizab wang tunai kerajaan yang mencecah tiga bilion ringgit dan pendapatan kerajaan dan syarikat milik kerajaan negeri mencecah RM7.5 bilion ringgit setahun, sudah pasti mereka boleh menjadi pemegang saham untuk Bank Of Johor," titahnya.

Baginda bertitah demikian ketika mencemar duli menyempurnakan Mesyuarat Pertama Pembukaan Rasmi Bagi Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor yang Ke-13 di Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 April 2016 @ 11:32 AM