KEKASIH ditahan pihak penguat kuasa. FOTO ihsan MPKB
Rosliza Mohamed


Kota Bharu: Dua pasangan kekasih ditahan kerana disyaki berkhalwat dalam operasi Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) bermula 10 malam hingga 2 pagi tadi.

Mereka berusia lewat 20-an hingga 30-an ditahan di hotel di Jalan Sri Cemerlang dan dalam kenderaan di Jalan Pengkalan Chepa.

Setiausaha MPKB-BRI, Nik Mohamed Noor Nik Ishak berkata, sembilan hotel sekitar Jalan Sri Cemerlang, Jalan Temenggong, Jalan Hamzah dan Jalan Lembah Sireh, di sini diserbu termasuk beberapa kawasan panas lain.

"Operasi begini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi membanteras kes khalwat dan sebarang perlakuan yang melanggar undang-undang," katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 April 2016 @ 6:46 PM